Bukti Kajian Dan Penyelidikan PMC

Kolagen dari Rumpai Laut Berkesankah?

Ini adalah tajuk perbincangan yang dibincangkan
dalam Wanita Hari Ini 24 April 2013 di TV3..

Rasenye
sudah kali kedua WHI membincangkan pasal rumpai
laut ini.. Sesiapa yang tak dapt tengok wanita hari ini
takpe.. So kami akan kongsikan serba sedikit ilmu yang kami dapat semasa mengikuti siaran WHI. Panel yang terlibat dalam perbincangan WHI ialah
Prof Madya Dr Suhaimi Yasir (Ketua Pengarah Unit
Penyelidikan Rumpai Laut Sabah,UMS) & Hardiyanti
Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan
Perniagaan TPM Biotech). Dalam perbincangan mengatakan tiada kolagen di
dalam rumpai laut ini.
Ia hanya digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai
terminologi untuk memanggil rumpai laut kerana
sifatnya seperti kolagen.
Dari segi sains kolagen adalah komponen protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein.
Jadi tidak sama dengan bahan asas dalam rumpai
laut kerana strukturnya terdiri dari karbohidrat. Tetapi rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein,
mineral, Asid Amino di mana peranan protein & Asid
Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen
yang sedia ada dalam tubuh badan kita. Secara tidak
langsung bila kita makan rumpai laut ini sendiri dapat
menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu dari segi struktur kulit yang cantik,
keanjalan dan sebagainya. Rumpai laut diistilahkan sebagai organic vegetables,
juga mengandungi fibre & potassium yang tinggi.
Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk
kecantikan dan juga untuk kesihatan. Dalam satu penyelidikan dan kajian menggunakan
haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah positif. Di mana
tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila
disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya
menurun. Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik &
Pembagunan Perniagaan TPM Biotech) pula
memberitahu
Rumpai laut ini penuh dengan mineral, zat, protein
dan vitamin (B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu
dalam masalah kulit dan juga ekzema. Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan
kolagen dalam badan yang menyebabkan kulit tegang
dan sebagainya, dan memang telah terbukti. Produk-
produk kosmetik berasaskan rumpai laut sedang
dibangunkan di Malaysia. Rumpai laut ini adalah bahan organik dan selamat
digunakan. Bak kate Prof Madya Dr Suhaimi Nasir
boleh diambil selame-lamenye takde masalah

Menggunakan rumpai laut adalah semestinya pilihan
yang bijak. Kerana ianya 100% bahan semula jadi dan
harganya berpatutan.

Testimoni dalam WHI:

Juminah Arbai'e -Mula-mula beliau tidak percaye kan
keberkesanannya.tapi setelah mencube sembelit dah
takde, kulit rase halus. Rumusannya, produk-produk dari rumpai laut ini akan
dibangunkan. Kerana ianya sangat berguna dan boleh
dikomersialkan. Sememangnya ia sangat berkesan
untuk kesihatan dan kecantikan.

sumber : Wanita Hari Ini, 24 April 2013 (Rabu) www.tonton.com.my

Jadi amalkanlah rumpai laut ini untuk mendapat
kesihatan dan kecantikan yang lebih baik.




RAHSIA RUMPAI LAUT
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article
Tarikh : 15.April.2013 (Isnin)

Jom baca. Benar tak benar? Sahih tak sahih??
Kolagen Rumpai Laut Asli the best ! Juz ignore any inverse statement about it. Feel Good, Look Good, Do Good

Rahsia Rumpai Laut Dapat Menambah dan Mengekalkan Kolagen Dalam Badan




Rahsia Awet Muda Dengan Rumpai Laut Asli

Rumpai Laut Berkesan Merawat Sakit Jantung





No comments:

Post a Comment